WELCOME

Selasa, 4 Ogos 2009

OS Terkini

Terdapat banyak lagi contoh OS lain, seperti OS jenis Unix, Mac OS X,dan FreeBSD. Di antara sistem pengoperasian terkini yang popular dan digunakan oleh kebanyakan pengguna komputer adalah:

1. Linux
2. Windows (WinMe/WinXP)

SEJARAH LINUX

Linux adalah sejenis OS yang dibina berdasarkan konsep Open Source, dimana ia adalah percuma, kod dan rekabentuk OS tersebut boleh diubahsuai. Linux banyak digunakan sebagai sistem pengoperasian pelayan(server). Linux boleh didapati dalam pelbagai distro, contohnya:

1.Red Hat

2.Debian

3.Ubuntu

4.OpebSuSE

5.Slackware

6.Knoppix

  • Pada tahun 1965, Bell Telephone Laboratories (Bell Labs, a division of AT&T) berkerjasama dengan General Electris dan Project MAC of MIT untuk menulis sebuah sistem operasi yang dipanggil Multic.
  • Ken Thompson, Dennis Ritchie, Doug McIlroy, dan J.F Ossanna kemudian merangka sebuah sistem operasi yang sesuai dengan keperluan Bell Labs. Pada tahun 1969, Dennis Ritchie dan Ken Thompson menulis semula sebuah permaianan komputer “SPACE TRAVEL” daripada Ge-645 ke DEC PDP-11/20 dan UNIX pun dilahirkan. Seorang penyelidik Bell Labs, Brian Kernighan, memberikan nama sistem ini UNIX.

  • Linux (Sebutan “Lih-nucks”) asalnya dibina oleh Linus Torvalds daripada Universiti Helsinki di Finland. Linux diasaskan daripada UNIX untuk PC yang dipanggil Minix.
    • Linus mengambil keputusan menulis semula sistem operasi itu dan ia dinamakan Linux. Yang ditulis pada masa itu di atas komputer “Sinclair QL” dengan memori hanya 4MB. Akhir tahun 1991 Linux diperkenalkan kepada umum dan Linus telah menjadikan kod-kod Linux itu percuma dan manggalakkan penyebaran dan pembangunan Linux oleh orang lain.

    • Pembangunan Linux terus berkembang dengan diketuai oleh Linus, oleh kumpulan pembangunan sistem Linux yang berada di seluruh dunia melalui Internet.

    • Linux adalah klon UNIX (Bagi MS, ia adalah bagai cerita Star Wars Episode II- “Attack Of The Clones”). Ia ditulis semula daripada asal dan asas agar menyerupai UNIX dan mematuhi standard Unix POSIX. Tiada satu pun kod-kod Linux diambil daripada kod asal Unix. Tiada pihak daripada Unix System Labotories dan Universiti California do Berkely yang terlibat dengan pembangunan Linux.

    • Linux dilesenkan dibawah hakcipta GNU General Public License (GPL) salah satu jenis perlesenan dalam Sumber Terbuka. Lesen ini telah ditulis oleh Free Software Foudation (FSF), http://www.opensourse.org/ bertujuan untuk menghalang mana-mana individu atau syarikat daripada menghadkan penyerbaran kod-kod aplikasi.

    SEJARAH MICROSOFT WINDOWS

    • WINDOWS ialah sebuah sistem pengoperasian yang dibangunkan dan dipasarkan oleh Microsoft. Sehingga kini, terdapat pelbagai versi Windows, antaranya Windows 95, Windows 98, Windows ME, Windows NT, Windows XP dan yang terbaru daripadaMicrosoft ialah Windows Vista yang dilancarkan pada tahun 2007.

    • Pada asalnya, Microsoft Windows hanyalah sekadar berfungsi untuk menyediakan suasana pengedalian antaramuka grafik pengguna yang lebih mudah digunakan kepada pengguna MS-DOS, namun penggunaan Windows yang semakin meluas menjelang pertengahan dekad 1990-an menyebabkan Microsoft menaiktaraf perisian Windows kepada sebuah sistem pengendalian.

    • Windows Nt mula diperkenalkan pada tahun 1993 kepada pengguna perniagaan dengan menggunakan antaramuka yang serupa dengan Windows 3.x. bermula tahun 2001, kesemua versi terkini Windows menggunakan teknologi NT sepenuhnya yang lebih stabil.

    Sistem Pengendalian Hibrid 16/32-bit

    • Windows 95
    • Windows 98
    • Windows ME

    Sistem pengendalian 32-bit (Keluarga NT)

    • Windows NT
    • Windows 2000
    • Windows XP
    • Windows Vista

    Sistem Pengendalian terbenam (unutk peranti elektronik)

    • Windows CE
    • Windows Mobile

Tiada ulasan:

Catat Ulasan