KESIMPULAN
Terdapat banyak alternatif lain selain produk-produk yang menyokong perjuangan Israel ini. Kita cuma perlu bukakan minda, luaskan perspektif, maka pilihan-pilihan tersebut pasti lebih baik kepada kita, inshaAllah!
Perlu dinyatakan, alternatif yang saya nyatakan di atas bukan alternatif terbaik yang ada! Alternatif yang saya berikan adalah berdasarkan kepada kualiti produk/jenama yang paling menyerupai produk asal. Namun, alternatif yang terbaik bagi jenama-jenama tersebut pastilah jenama MUSLIM!
Justeru, jika anda merupakan seorang ahli farmasi @ ahli kimia, maka ciptalah sebuah minuman baru bagi menyaingi CocaCola dan PEPSI! Jika anda merupakan seorang pengusaha makanan/restoran, maka bangunkanlah jenama franchise makanan segera anda yang tersendiri! Jika anda merupakan seorang jurutera komputer, maka keluarkanlah sebuah cip komputer yang setanding dengan Intel dan AMD! Jika anda merupakan seorang jurutera telekomunikasi, maka hasilkanlah sebuah telefon bimbit yang setaraf dengan Nokia dan Sony Ericsson! Dan jika anda seorang jurutera multimedia @ kartunis @ juruanimasi, jom hasilkan trademark animasi kita sendiri, animasi MUSLIM!
Sudah jelak dan muak kita menggunakan produk-produk mereka. Ayuh, mari kita mencorakkan masa depan dengan produk-produk berlandaskan syariah dan bersama kita hiasi kegemilangan Islam di masa hadapan!
(PS : Boikot, boikot juga. Tapi jangan lupa usahakan ikhtiar yang lain juga! Jangan lupakan Qunut Nazilah! Jangan lupa terus mengeluarkan derma dan sedekah! Jangan lupa, ceritakan mengenai perihal Palestin kepada ahli keluarga dan rakan-rakan anda! Jangan lupa terus berdoa! Percayalah, boikot sahaja tidak cukup, anda mampu lakukan yang lain!)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan